PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS PERAK

DOE Perak 22/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS PERAK
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
22/06/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

16 Jun 2021, TANJUNG RAMBUTAN - Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar negeri Perak pada hari ini telah menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka di sepanjang laluan Jalan Tanjung Rambutan - Chemor. Premis-premis yang berpotensi melakukan pembakaran terbuka seperti tapak pembinaan dan kawasan perumahan menjadi sasaran peronda JAS pada hari ini. Beberapa lokasi tapak pembinaan telah dipasang poster larangan pembakaran terbuka sebagai tanda amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran terbuka tersebut. JAS menyeru semua pihak termasuk industri dan orang ramai di Perak supaya menghentikan amalan pembakaran terbuka kerana menyebabkan kemerosotan kualiti udara persekitaran. JAS juga menyeru orang ramai supaya tampil membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar termasuk pembakaran terbuka di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my Rondaan yang dijalankan adalah mengikut SOP MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan