PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI CATAT DAN KAMERA VIDEO JAS PERLIS

DOE Perlis 22/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI CATAT DAN KAMERA VIDEO JAS PERLIS
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
22/06/2021
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

9 JUN 2021, SIMPANG EMPAT PERLIS - Pasukan Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan operasi catat dan kamera video di Jalan Alor Setar - Kangar. Operasi bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari melibatkan tiga orang pegawai penguatkuasa. Operasi ini memberi tumpuan kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Sebanyak 20 buah kenderaan diesel pelbagai jenis telah melalui laluan jalan yang dipantau dan pemerhatian visual yang dijalankan dan rakaman kamera video telah diambil ke atas semua kenderaan diesel yang melepaskan asap hitam secara berlebihan. Kenderaan diesel yang dikesan melepaskan asap hitam yang berlebihan akan diarahkan untuk menjalankan ujian semula di PUSPAKOM di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Walaubagaimanapun, setelah operasi berakhir jam 12.00 tengah hari didapati tiada sebarang perlanggaran peraturan oleh kenderaan diesel yang melalui jalan yang dipantau. Pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan terus dipergiatkan supaya pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi memastikan kelestarian alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan