Penerangan
Mesyuarat ‘Kick-Off’ bagi “Emergency Service Under AP 173.2 for Bioremediation Treatment Of Raw Sewage Discharged From Likas Pump Station To Public Drain At Jalan Mergastua, Likas, Kota Kinabalu, Sabah”
??Tarikh: 18 Jun 2021 (Jumaat)
?Masa: 2.30 pm - 4.00 pm
??Pautan: Zoom
????Pengerusi : Pn. Meilina Zefrinus Wong (KPP Jab Perkhidmatan Pembentungan Sabah)
????????Kehadiran: JPP, DBKK, JAS dan kontraktor dilantik
????Wakil JAS Sabah : PP (K) Roslina Diwa
Butiran Mesyuarat:
1. Kejadian sinkhole telah berlaku sejak 22 Mei 2021 dan pihak JPP telah mengambil Tindakan segera iaitu short term (dosing microbes) dan long term (pembaikan/pengggantian paip kumbahan).
2. Pihak JPP telah melantik kontraktor Myra Kinabalu Enterprise pada 15 Jun 2021 untuk melaksanakan tindakan short term iaitu melalui penggunaan mikrob Oxiflo. Pendekatan yang sama semasa kes Bay 21.
3. Tempoh kontrak adalah selama 4 bulan iaitu sementara menunggu kerja pembaikan paip siap sepenuhnya.
4. Kerja penggantian paip dijangka selesai pada penghujung Julai, bergantung keadaan. Material pada masa ini telah berada di Pelabuhan Klang dan dijangka tiba di KK dala tempoh 3 minggu.
5. Pihak JPP akan berusaha untuk mencapai had pelepasan sekurang-kurangnya 50% daripada Std B, PPKAS(Kumbahan) 2009 memandangkan tempoh yang singkat.
6. Persampelan berkala akan dilakukan oleh JPP sehingga tamat projek.
Input JAS:
7. Pihak JAS telah menjalankan persampelan raw sewage yang dilepaskan di Jln Mergastua ke alur air (parit) berhampiran pada 08 Jun 2021.
8. Setakat ini, tidak ada aduan awam diterima berhubung perkara ini. Kemungkinan juga disebabkan oleh orang awam yang tidak menggunakan Teluk Likas sepanjang tempoh PKP.
9. JAS juga akan menjalankan pemantauan terhadap kualiti marin di Teluk Likas dan discharge dari paip di Jln Mergastua.
Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 21 Julai 2021.