Penerangan
6 Jun 2021 (Sabtu), pemantauan dan rondaan bagi menangani isu pencemaran terbuka serta mencegah pencemaran alam sekitar telah dilaksanakan oleh JAS Cawangan Bayan Lepas. Beberapa kawasan premis industri disekitar Kawasan Perindustrian Bayan Lepas turut dipantau. Selain itu, lokasi yang menjadi tumpuan rondaan mencegah pembakaran terbuka adalah sekitar Sungai Ara, Bayan Lepas, Paya Terubong dan sekitar Georgetown. Pihak industri diingatkan sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 sepanjang tempoh premis beroperasi