Penerangan
RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS CAWANGAN SANDAKAN
17 Jun 2021 - Susulan rondaan bagi tujuan larangan pembakaran terbuka, pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Sandakan telah menemui pembakaran lama oleh penanam sayur bersaiz lebih kurang 2 Meter Persegi dan timbunan ranting-ranting kayu daripada kerja-kerja pembersihan Kkawasan yang berisiko untuk dibakar.
JAS mengingatkan semua pemilik tanah untuk memastikan langkah pencegahan dan kawalan diambil bagi memastikan tiada aktiviti pembakaran terbuka berlaku di tanah masing-masing.
#jabatanalamsekitar
#jassabah_Jun2021
#alamsekitartanggungjawabbersama