Penerangan
TARIKH : 13/6/2021(AHAD)
MASA : 1.00 am - 4.00 am
Lokasi : Hulu Selangor, Gombak
Operasi bersepadu bersama dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Cawangan Gombak dan MDHS berikutan aduan pencemaran bau pada waktu malam yang dikatakan berpunca daripada sebuah premis yang berdekatan dengan kuaters Loji Rawatan Air Rasa di Kawasan Perindustrian Zurah, Rasa, Hulu Selangor.Premis menjalankan aktiviti melebur logam tembaga. Rondaan dan pemeriksaan diteruskan di premis-premis industri lain di kawasan industri Zurah yang berpotensi menyebabkan pencemaran berkaitan.