Penerangan
16 Jun 2021, TAIPING – JAS Cawangan Taiping telah menjalankan siasatan aduan orang ramai berkaitan bunyi bising dari kawasan perumahan di Simpang Empat, Taiping.
Hasil siasatan di salah sebuah kawasan perumahan tersebut menemui punca bunyi bising adalah daripada aktiviti pertukangan yang dijalankan oleh pengusaha perniagaan secara atas talian. JAS telah memberi nasihat yang sewajarnya kepada pelaku dan akan memanjangkan aduan tersebut kepada pihak berkuasaa tempatan.
Siasatan ini telah dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.