PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

JAS PERAK HADIRI PEMBENTANGAN TUGASAN BERKAITAN ‘PROJECT BASED LEARNING – PENGURUSAN SISA PLASTIK’ ANJURAN SMK RAJA PERMAISURI BAINUN SECARA ATAS TALIAN

DOE Perak 17/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PERAK HADIRI PEMBENTANGAN TUGASAN BERKAITAN ‘PROJECT BASED LEARNING – PENGURUSAN SISA PLASTIK’ ANJURAN SMK RAJA PERMAISURI BAINUN SECARA ATAS TALIAN
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
17/06/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

16 Jun 2021, IPOH – JAS Perak telah menghadiri sesi pembentangan tugasan pelajar Tingkatan 5 dari SMK Raja Permaisuri Bainun secara atas talian pada hari ini di pejabat Jabatan Alam Sekitar negeri Perak. Pelajar-pelajar tersebut telah membentangkan tugasan berkaitan ‘Project Based Learning – Pengurusan Sisa Plastik’ dengan tajuk ‘From Waste to Wonder By 5 Rho’ yang juga turut disampaikan dalam bentuk portal di https://5rhosphorus.wixsite.com/website. Sesi pembentangan melalui platform Google Meet ini telah dianjurkan oleh Guru SMK Raja Permaisuri Bainun, Puan Aishah Binti Mohamed Hamdan dengan penyertaan seramai 55 orang yang terdiri daripada pelajar SMK PERMAISURI BAINUN, SMK Buntong, SMK RAJA Perempuan, SMK Jelapang Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist dan Maktab Tentera DiRaja. Selain itu, wakil PPD Manjung dan PPD Kinta Utara serta guru-guru dari sekolah terbabit turut hadir memberi sokongan. JAS Perak telah diwakili oleh Penolong Pegawai Kawalan Tinggi, Encik Azhar Bin Zainal Abidin. Sesi ini telah dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan