Penerangan
15 Jun 2021, CHEMOR - Sekyen Perak Utara dari Jabatan Alam Sekitar Perak telah menjalankan rondaan pemantauan bagi mencegah pencemaran di sekitar kawasan Klebang dan Chemor.
Fokus rondaan adalah bagi memantau punca-punca yang berpotensi memcemarkan alam sekitar seperti aktiviti perumahan, bengkel kenderaan, tapak pembinaan dan premis industri serta tanah pertanian. Semua punca-tersebut mudah didapati di sekitar Klebang termasuklah Kawasan Perindustrian FTZ Kinta, Bandar Baru Sri Klebang dan Chemor.
Pemerhatian mendapati tiada sebarang isu pencemaran sepanjang rondaan dan pemantauan dijalankan di kawasan terbabit.
Program rondaan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.