Penerangan
14 Jun 2021, IPOH - Penggunaan dron sebagai alat dalam program pemantauan pencemaran semakin mendapat tempat di kalangan penguatkuasa JAS Perak. Ia merupakan salah satu inisiatif dalam menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
Oleh itu, penguatkuasa JAS Perak telah menggunakan peluang keemasan ini untuk memantau keadaan premis industri melalui udara dengan menggunakan dron di Kawasan Perindustrian Lahat pada hari ini.
Hasil pemantauan melalui dron mendapati premis industri berada dalam keadaan patuh dan tiada aktiviti yang mencurigakan.
Pemantauan dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.