14 Jun 2021, IPOH - Penguatkuasa Seksyen Perak Tengah dari Jabatan Alam Sekitar negeri Perak pada hari ini telah menjalankan rondaan memantau pembakaran terbuka di sekitar Kawasan Perindustrian Lahat.
Rondaan pemantauan secara fizikal di kawasan terbabit telah mengesan beberapa longgokan sampah yang berpotensi menyebabkan berlakunya pembakaran terbuka. Sebagai langkah pencegahan, JAS telah memasang poster amaran larangan pembakaran terbuka di kawasan tersebut. Hasil rondaan juga telah menemui longgokan sampah yang sedang terbakar. Pasukan meronda telah meminta bantuan premis terdekat bagi memadamkan pembakaran tersebut.
JAS menyarankan semua pihak termasuk industri dan orang ramai di Perak supaya menghentikan amalan pembakaran terbuka kerana boleh menyebabkan kemerosotan kualiti udara alam sekitar.
JAS juga menyeru orang ramai supaya tampil membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar termasuk pembakaran terbuka di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my
Rondaan yang dijalankan adalah mengikut SOP MKN dan KKM.