Penerangan
14 Jun 2021, BERUAS - Jabatan Alam Sekitar Perak telah menjalankan program pengawasan kualiti air sungai di sekitar kawasan Beruas.
Pengukuran secara insitu di dua stesen pengawasan kualiti air sungai yang terletak di Sungai Raja Hitam dan Sungai Rotan mendapati keadaan sungai adalah normal dan tiada perubahan fizikal serta bau dikesan.
Program pengawasan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.