Penerangan
14 Jun 2021, TAIPING - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taiping telah menjalankan siasatan ke atas aduan bau yang dikatakan berpunca daripada sebuah premis industri di sebuah kawasan Simpang pada hari ini.
Siasatan terhadap aduan daripada orang awam tersebut mendapati tidak menemui sebarang aktiviti yang boleh menjadi punca kepada aduan terbabit. Penguatkuasaan diteruskan untuk menyiasat aduan pelepasan asap hitam dari kilang kelapa sawit di Bagan Serai.
Siasatan ini dijalankan mengikut SOP MKN dan KKM.