PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS PERAK PANTAU AKTIVITI PENCEMARAN INDUSTRI PADA HUJUNG MINGGU

DOE Perak 17/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PERAK PANTAU AKTIVITI PENCEMARAN INDUSTRI PADA HUJUNG MINGGU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
17/06/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

12 Jun 2021, TANJUNG MALIM - Penguatkuasa JAS Perak terus aktif pergiatkan aktiviti pemantauan pada hujung minggu di sekitar kawasan Tanjung Malim dan Bidor. Kawasan Perindustrian Proton City di Tanjung Malim antara lokasi tumpuan rondaan penguatkuasa JAS Perak pada hari ini. Hasil rondaan ke atas premis-premis industri pembuatan perkakasan kenderaan di kawasan perindustrian tersebut mendapati tiada pembuangan sisa cecair berwarna ke parit awam. Rondaan pemantauan diteruskan di sekitar kawasan Bidor yang memfokuskan premis kilang kelapa sawit. Hasil pemantauan mendapati tiada pelepasan asap dari cerobong premis tersebut. Rondaan dan pemantauan adalah mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan