- Tarikh: 15 Jun 2021
- Masa : 10.00 pagi hingga 12.15 tengahari
- Tempat: Secara atas talian (zoom)
- Anjuran : BTM JAS Ibu Pejabat
- Kehadiran pegawai JAS Sabah : PKK RD, PKK NN, PPTM MFMK, PPKK JJ, PPK ADY, PT MUR, PMD RUDI
Antara perkongsian webinar adalah:
- Menerangkan secara terperinci jenis – jenis ancaman siber seperti kekurangan keselamatan, pishing, spam, hacking, malware dan leakage yang sering berlaku di alam siber .
- Punca yang dikenalpasti berlaku ancaman siber adalah seperti kekurangan keselamatan siber melalui kurang peduli maklumat berkenaan, ancaman siber, pishing seperti memberi pautan untuk data privasi dan spam mesej seperti menghantar mesej iklan yang mencurigakan.
- Amalan terbaik bagi mengatasi masalah ancaman siber ini adalah seperti memasang antivirus, menukar kata laluan setiap 3 atau 6 bulan, menggunakan rangkaian yang selamat bagi transaksi online dan off wifi ketika berada di tempat awam.
- Secara keseluruhannya, ancaman keselamatan siber ini perlu diambil berat oleh semua pihak memandangkan norma baharu kini kita lebih menggunakan alam siber untuk berhubung dan melakukan kerja yang berkaitan dengan tugas seharian.