Penerangan
19 MEI 2021, PERLIS – Unit Pendidikan dan Pengawasan/GIS telah selesai menjalankan program pengawasan kualiti air tanah di empat (4) buah stesen pengawasan air bawah tanah di seluruh negeri Perlis bagi suku tahun kedua 2021. Sampel air bawah tanah telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa.
Aktiviti persampelan ini dijalankan untuk memantau tahap kualiti air bawah tanah seperti yang dirancang bagi tahun 2021.