Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Majlis Bacaan Yassin Perdana Jabatan Alam Sekitar
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 15/06/2021
- Organisasi
- DOE Perlis
- Lokasi
- Perlis>Pejabat JAS Perlis
Penerangan
28 Mei 2021 (Jumaat) - Satu Majlis Bacaan Yassin Perdana telah diadakan bagi Warga JAS Seluruh Malaysia melalui Zoom Meeting dengan dihoskan oleh JAS Perlis dan dipimpin oleh Saudara Faisal bin Abdul Rahman.
Majlis ini adalah untuk mendoakan kesejahteraan dan memohon pertolongan serta perlindungan Allah SWT dalam menghadapi pandemik COVID-19. Di samping itu, didoakan agar jati diri dan ketahanan mental, fizikal serta emosi warga JAS terus kental di dalam mengharungi situasi pandemik ini dengan penuh keikhlasan serta terus tabah dalam menjalankan amanah bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara.
Seramai 119 orang kakitangan JAS seluruh Malaysia telah menyertai majlis ini melalui aplikasi Zoom.