Penerangan
JAS PAHANG TERUS PANTAU PEMATUHAN KILANG DAN KUALITI AIR SUNGAI PAHANG
12 JUN 2021- Susulan isu pencemaran sungai Pahang oleh sisa industri baru-baru ini, satu lawatan JAS bersama YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB ADN Kuala Semantan, Pegawai Daerah Temerloh, YDP Majlis Perbandaran Temerloh, Pengarah JAS Pahang, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Temerloh), Jurutera Kanan Daerah JPS, Pegawai Perikanan Daerah, Pegawai JAS Cawangan Temerloh, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, wakil penduduk, pengusaha dan media telah diadakan di kawasan sangkar ikan berkenaan.
Pengukuran secara In-situ kualiti air sungai di lokasi kejadian dan kawasan sangkar menunjukkan dalam keadaan normal.
Kilang berkaitan telah disiasat sejak 10 Jun 2021 dan tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diambil atas kesalahan yang berlaku.
Kerajaan Negeri Pahang memberi komitmen penuh berkaitan isu pencemaran sungai termasuk bayaran ganti rugi ke atas pengusaha sangkar.
JAS Pahang memberi komitmen bahawa tiada kompromi bagi kes pencemaran. Siasatan dijalankan dengan segera dan memastikan kejadian tidak berulang. JAS Pahang akan terus memantau pematuhan kilang, kualiti air sungai dan ambil tindakan perundangan kepada pencemar alam Sekitar.
#kementerianalamsekitardanair
#jaspahang
#jabatanalamsekitar