Penerangan
SIASATAN TITIK PANAS DI DAERAH TEMERLOH
7 Jun 2021, TEMERLOH - Susulan maklumat titik panas yang diterima di Kawasan Temerloh, Pasukan ronda JAS Caw. Temerloh telah menjejaki lokasi titik panas yang dikesan oleh satelit tersebut.
Siasatan mendapati titik panas tersebut adalah berasas di mana terdapat 19 longgokan sisa kayu yang telah menjadi abu dan masih berasap. Longgokan sisa kayu ini dipercayai berpunca daripada aktiviti penanaman semula di kawasan tersebut.
Pemilik tanah tersebut akan dikenalpasti dengan secepat yang mungkin bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.
JAS mengingatkan kepada mana-mana pemilik tanah yang menjalankan kerja-kerja penanaman semula untuk tidak sesekali melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun sebanyak rm2,000.00 atau tindakan yang lebih tegas di bawah seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu dikenakan denda sebanyak RM 500,000.00 atau dipenjara selama tempoh 5 tahun.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang