Penerangan
ADUAN BAU BUSUK DARI LOJI RAWATAN KUMBAHAN
2 JUN 2021, KUANTAN – Ekoran aduan awam mengenai bau busuk yang dikatakan berpunca daripada loji rawatan kumbahan di sebuah taman perumahan, satu pasukan pegawai Jabatan Alam Sekitar Pahang telah turun ke lapangan untuk menyiasat aduan tersebut.
Hasil siasatan mendapati aduan yang diterima adalah berasas dan punca kejadian disebabkan oleh kegagalan pihak premis memastikan sistem pengudaraan loji rawatan kumbahan terbabit sentiasa berfungsi dengan baik.
Persampelan air kumbahan telah dijalankan bagi mendapatkan status kualiti air dan tahap pencemaran, untuk tindakan susulan penguatkuasaan selanjutnya.
Premis turut diberikan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan Sekysen 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk membuat penambahbaikan terhadap operasi dan sistem premis seterusnya sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 tanpa gagal.
Pihak industri dan sektor-sektor yang dibenarkan menjalankan operasi sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan semua Peraturan-Peraturan di bawahnya.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#alamsekitartanggungjawabbersama