Penerangan
SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA
13 Mei 2021, Temerloh, Pahang.
- Susulan aduan orang awam yang diterima daripada sistem e-aduan JAS, pasukan ronda JAS Pahang Caw. Temerloh ke lokasi yang diadu bagi menjalankan siasatan.
Aduan adalah berasas di mana terdapat kesan-kesan pembakaran rumput dan daun di lokasi tersebut. Pasukan ronda telah mengedarkan risalah kesedaran di rumah berhampiran lokasi dan menampal banner larangan pembakaran terbuka di kawasan tersebut.
JAS ingin mengingatkan bahawa pembakaran terbuka sama sekali tidak dibenarkan walaupun hanya membakar rumput dan daun kering.
#kementerianalamsekitar
#jaspahang
#jabatanalamsekitar