12 Jun 2021, IPOH - JAS Perak telah menjalankan rondaan pada waktu cuti bagi operasi mencegah pembakaran terbuka di sekitar Ipoh pada hari ini.
Kawasan rondaan meliputi Jalan Kuala Kangsar, Meru, Jelapang, Menglembu dan Falim. Hasil rondaan mendapati penguatkuasa JAS berjaya mengesan kawasan pelupusan sampah domestik di tanah lapang. Poster larangan pembakaran terbuka telah diletakkan di kawasan terbabit.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk menghentikan aktiviti pembakaran terbuka bagi menjaga kualiti udara persekitaran. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.
Sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar hendaklah dilaporkan di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my
Rondaan dan pemantauan adalah mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.