PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN PENGUATKUASAAN OLEH JAS PERAK

DOE Perak 14/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN PENGUATKUASAAN OLEH JAS PERAK
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
14/06/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

12 Jun 2021, IPOH - Penguatkuasa Seksyen Perak Utara dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan rondaan penguatkuasaan terhadap premis industri yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP di sekitar Kawasan Perindustrian Bercham pada 11 Jun 2021. Rondaan penguatkuasaan ditumpukan kepada industri berasaskan getah dan premis industri lain yang berisiko mencemarkan alam sekitar dari segi air, udara dan buangan terjadual. Hasil rondaan dan pemantauan mendapati tidak mengesan aktiviti premis yang mencurigakan. JAS ingin mengingatkan semua premis industri di Perak tidak melakukan pencemaran. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my Rondaan yang dijalankan adalah mengikut SOP MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan