11 Jun 2021, TAIPING - Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping telah menjalankan rondaan penguatkuasaan terhadap premis industri yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP di sekitar Taiping dan Kamunting.
Rondaan penguatkuasaan dijalankan bagi memastikan premis-premis industri mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Hasil rondaan dan pemantauan pada hari ini mendapati tiada aktiviti premis yang mencurigakan ditemui.
JAS ingin mengingatkan semua pihak agar tidak melakukan pencemaran. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected]
Rondaan yang dijalankan adalah mengikut SOP MKN dan KKM.