Penerangan
11 Jun 2021, IPOH – Pegawai JAS Perak, Encik Harmanisham Bin Ishak telah dijemput sebagai salah seorang panel penceramah dalam Webinar bertajuk “Optimization Of IETS Operation And Compliance To Environmental Quality Act 1974” yang diadakan secara atas talian pada hari ini di pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
Webinar yang diadakan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2021 ini adalah anjuran Geo Alam Environment Sdn Bhd, YTL Cement, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dan Eurofins NM Laboratory Sdn Bhd.
Lebih kurang 400 orang peserta dari kalangan professional industri dan Orang Yang Berwibawa telah menyertai webinar ini.