Penerangan
10 Jun 2021, HILIR PERAK - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Teluk Intan telah menjalankan tugas meronda dan memantau premis industri yang berpotensi mencemar kualiti udara dan air sungai di Langkap.
Hasil rondaan dan tinjauan mendapati peronda JAS tidak menemui sebarang pembakaran terbuka dan tiada pelepasan asap atau habuk dari cerobong premis industri.
Semua premis industri yang dibenarkan beroperasi oleh kerajaan dalam tempoh PKP 3.0 diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Sebarang perlanggaran akan diambil tindakan tegas oleh JAS.
Rondaan yang dijalankan adalah mengikut SOP MKN dan KKM.