Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT SESI LIBAT URUS BERSAMA PIHAK INDUSTRI – PROJEK PENAMBAHAN RANGKAIAN STESEN PENGAWASAN AIR TANAH BAGI PROJEK RMK-12
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 14/06/2021
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
Penerangan
Mesyuarat ini telah diadakan pada 15 April 2021 bertempat di Pejabat Pelabuhan Kuantan. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Seksyen Pengawasan Air Tanah Ibu Pejabat, Jabatan Alam Sekitar Pahang, pihak Institut Latihan Perindustrian Kuantan dan pihak Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).
Mesyuarat ini bertujuan bagi memberi penerangan berkaitan projek penambahan rangkaian stesen pengawasan kualiti air tanah yang bakal dibina dan seterusnya mempertingkatkan rangkaian stesen pengawasan kualiti air tanah yang lebih praktikal ke arah mendapatkan kualiti air tanah yang komprehensif dan menyeluruh.