Penerangan
Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Semakan Semula Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 anjuran Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar telah dijalankan pada 9 Jun 2021 (Rabu) secara atas talian memandangkan Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara untuk tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Timbalan Ketua Pengarah Operasi, En. Wan Abdul Latiff Bin Wan Jaffar. Mesyuarat ini melibatkan kehadiran pegawai- pegawai daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak,Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah, Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar
Objektif mesyuarat bertujuan untuk mendapatkan pandangan semua pihak berkepentingan dalam pengurusan kumbahan terhadap skop semakan semula Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009. Selain itu, mesyuarat ini diadakan untuk mendapatkan perkongsian mengenai hala tuju, isu dan cabaran yang dihadapi oleh pemegang taruh berkaitan Peraturan sedia ada sebagai panduan kepada kajian semakan semula yang akan dilaksanakan kelak.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama