Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Sesi Pembentangan Pelajar Latihan Industri di Bahagian Air dan Marin
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 11/06/2021
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
Penerangan
Satu sesi pembentangan oleh pelajar latihan industri di Bahagian Air dan Marin, JAS Ibu Pejabat telah diadakan pada 8 Jun 2021 jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Muhammad Syafiq bin Kherrul Anwar merupakan pelajar jurusan Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah telah menjalankan latihan industri di Jabatan Alam Sekitar selama 3 bulan bermula 15 Mac 2021 sehingga 4 Jun 2021.
Pembentangan tersebut dijalankan secara maya dan disertai oleh kakitangan Bahagian Air dan Marin. Setelah pembentangan tersebut dijalankan, satu sesi penilaian telah dibuat bagi menilai dan menentu ukur tahap pemahaman pelajar tersebut semasa menjalankan latihan di Bahagian Air dan Marin.
Semoga Encik Muhammad Syafiq bin Kherrul Anwar terus cemerlang dalam pelajaran dan dapat menyumbang kepada negara.