PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

Webinar Pemulihan Ekosistem Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia

DOE WP Putrajaya 17/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Webinar Pemulihan Ekosistem Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
17/06/2021
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Bahagian Teknologi Maklumat

Penerangan

  Sabtu, 5 Jun 2021 - Bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menganjurkan Webinar Pemulihan Ekosistem yang diadakan secara Live yang dijalankan secara atas talian melalui medium siaran langsung saluran di Facebook dan Zoom Meeting bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Webinar berkenaan telah membariskan panel jemputan seperti YBhg. Dato Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), YBrs. Puan Norlin binti Jaafar, Ketua Pengarah Alam Sekitar dan Encik Muhammad Wafi Anwar bin Roslan, Pendebat Terbaik dan Juara Debat Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar 2019 manakala YBrs. Dr, Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) selaku Moderator. Webinar ini merupakan sesi perkongsian ilmu antara para panel dan juga satu medium pertukaran pendapat berkenaan pemulihan ekosistem dengan mengurangkan pencemaran alam sekitar dan juga pemantauan untuk memastikan alam sekitar terus terpelihara. Program ini dimulakan dengan sesi berkenalan dengan para panel. Kemudian, moderator mengajukan beberapa soalan daripada pelbagai konteks kepada para panel. Akhir sekali, program diakhiri dengan sesi soal jawab antara penonton dan para panel, soalan diperolehi dari ruang komen. Program telah mendapat tontonan seramai 4.4k jumlah audiens. Semoga program yang memberikan impak besar seperti ini akan diteruskan lagi pada masa yang akan datang. Terima kasih kepada Bahagian Teknologi Maklumat yang turut terlibat dalam menyediakan bantuan teknikal dan memastikan kelangsungan sepanjang webinar tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan