Penerangan
6 Jun 2021, IPOH – JAS Perak telah menggunakan drone sebagai alat pemantauan pencemaran melalui udara di Kawasan Perindustrian Kg Acheh, Manjung dan Kawasan Perindustrian Teluk Anson, Teluk Intan pada hari ini. Pemerhatian melalui udara ini adalah lebih berkesan bagi memantau premis industri secara menyeluruh terutamanya semasa PKP sedang dikuatkuasakan.
Pemantauan dilakukan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.