Penerangan
6 Jun 2021, IPOH - JAS Perak telah menjalankan aktiviti rondaan dan pemantauan pencemaran di kawasan perindustrian Kampar, Mambang Diawan 2, Bidor dan Sungkai pada hari ini.
Fokus pemantauan adalah kepada industri yang membuat pengeluaran di cerobong dan pelepasan efluen dari sektor perindustrian. Namun tiada penampakan isu pengeluaran asap hitam atau habuk serta tiada pembuangan efluen berwarna atau berbau ke dalam sungai terhampir.
Pemantauan pembakaran terbuka turut dijalankan di sepanjang laluan utama rondaan.
Rondaan dijalankan mengikut SOP MKN dan KKM.