Penerangan
PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KOTA KINABALU, SABAH
6 Jun 2021
Lokasi: KKIP Selatan- KKIP Timur- Tuaran- Kota Kinabalu- Petagas
Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah telah menjalankan pemantauan operasi kilang di sekitar KKIP, rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka dan siasatan aduan alam sekitar.
Pembakaran terbuka merupakan kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksimum RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.
Tugas penguatkuasaan oleh pegawai JAS Sabah telah dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jassabah_Jun2021
#alamsekitartanggungjawabbersama
#janganbakarbakarnantikenasaman