PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI KAWASAN PERUMAHAN OLEH JAS TELUK INTAN

DOE Perak 09/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI KAWASAN PERUMAHAN OLEH JAS TELUK INTAN
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
09/06/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

4 Jun 2021, PANTAI REMIS – JAS Cawangan Teluk Intan telah menjalankan pemeriksaan pembakaran terbuka di kawasan perumahan susulan aduan dari orang ramai pada hari ini. Nasihat dan risalah pembakaran terbuka telah diberikan kepada penduduk yang ditemui. Pemantauan ke atas industri yang berisiko menyebabkan pencemaran turut dijalankan di sekitar kawasan Sitiawan. Jabatan Alam Sekitar menyeru orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka yang mana boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali. Orang ramai boleh membuat aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar termasuklah pembakaran terbuka di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan