4 Jun 2021, TAIPING - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taiping terus komited menjalankan operasi pemantauan pencemaran di sekitar kawasan Industri Kecil dan Sederhana Pengkalan pada hari ini bagi memastikan tiada pencemaran alam sekitar dilakukan semasa PKP 3.0 berkuatkuasa.
Tapak pelupusan sampah Jebong turut dipantau JAS Taiping bagi memastikan aktiviti pembakaran terbuka tidak dijalankan di kawasan tersebut.
Orang awam boleh melaporkan segera melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected] sekiranya ada sebarang aktiviti mencurigakan yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.