Penerangan
3 Jun 2021, IPOH – Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan aktiviti pemantauan pencemaran bagi premis industri di Kawasan Perindustrian Pengkalan pada hari ini.
Tumpuan pemantauan dijalankan ke atas premis industri yang telah dikenakan tindakan penahanan kelengkapan operasi bagi memastikan tiada pergerakan bahan bukti. Pemerhatian juga diteruskan kepada premis industri yang berpotensi menjadi punca pencemaran udara. Namun tiada pencemaran udara dikesan di sekitar premis di kawasan perindustrian tersebut.
Kehadiran penguatkuasa JAS di lapangan menunjukkan komitmen tinggi bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara dari sebarang pencemaran.