PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PROJEK PERTANIAN PUNCA PENCEMARAN SUNGAI DIPERINTAH BERHENTI KERJA TANAH

DOE Perak 06/06/2021 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROJEK PERTANIAN PUNCA PENCEMARAN SUNGAI DIPERINTAH BERHENTI KERJA TANAH
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
06/06/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

3 Jun 2021, IPOH - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah mengeluarkan perintah larangan menghentikan operasi dan kerja tanah kepada pemaju projek pertanian dalam satu Ops Bersepadu di Sungai Raia pada hari ini. Projek pertanian yang sudah beroperasi dengan keluasan lebih kurang 100 hektar tanpa kelulusan EIA itu dikenakan tindakan perintah larangan di bawah Seksyen 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mengarahkan apa-apa kerja tanah perlu dihentikan serta merta. Ops Bersepadu tersebut telah melibatkan 7 penguatkuasa JAS Perak yang diketuai Pengarah JAS Perak, Haji Rosli bin Zul dan agensi yang berkaitan seperti Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran Kinta, Jabatan Saliran dan Pengairan Negeri Perak, Jabatan Perhutanan Negeri Perak, PLANMalaysia@Perak serta Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah. Perunding projek turut hadir dalam Ops tersebut. Operasi serbuan ini dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan