Penerangan
3 Jun 2021, SITIAWAN - Sebuah kilang yang memproses buangan terjadual tanpa lesen dari JAS telah diarah menghentikan operasi serta merta dalam satu serbuan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Teluk Intan pada hari ini di Kawasan Perindustrian Kg Acheh.
JAS telah mengenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan di kilang tersebut mengikut Seksyen 38, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mengarahkan aktiviti pemprosesan dihentikan serta merta. Operasi kilang hanya akan dibenarkan sekiranya langkah-langkah pematuhan telah diambil.
Serbuan tersebut telah melibatkan 3 orang penguatkuasa JAS Cawangan Teluk Intan yang dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.