Penerangan
2 Jun 2021, IPOH – JAS Perak telah menganjurkan sesi perbincangan input pembangunan bagi projek naiktaraf loji pengolahan kumbahan dalam Daerah Kinta secara atas talian.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah JAS Perak, Cik Masnona Abdul Aziz dan turut dihadiri oleh wakil Indah Water Konsortium Perak. Pembentangan secara terperinci telah dibuat oleh penggerak dan perunding projek.