PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PEMANTAUAN PENCEMARAN KUMBAHAN KE TELUK LIKAS, KOTA KINABALU

DOE Sabah 03/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN PENCEMARAN KUMBAHAN KE TELUK LIKAS, KOTA KINABALU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
03/06/2021
Organisasi
DOE Sabah

Penerangan

PEMANTAUAN PENCEMARAN KUMBAHAN KE TELUK LIKAS, KOTA KINABALU Tarikh : 02.06.2021 (Rabu) Masa : 3.15 ptg Tempat : Jalan Mergastua/ parit besar sebelah SRK Lok Yuk/ Gate JPS (tebatan banjir)/ Teluk Likas Pegawai JAS: PKk Roslina, PK Rosdi PJ Stanley Butir Aduan: 1. Pada 25 Mei 2021, pihak Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah (JPPS) telah memaklumkan JAS berhubung kejadian ‘sink hole’ di Jalan Mergastua, Likas akibat paip pembentungan yang pecah. 2. Bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dijalankan maka air kumbahan yang melalui paip berkenaan terpaksa divert ke parit konkrit yang berhampiran. PS Likas yang terletak berhampiran kejadian sink hole tidak dapat dihentikan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kerosakan yang lebih serius terhadap paip pembetungan di bahagian hulu paip. 3.Parit konkrit (sebelah SRK Lok Yuk) ini akan mengalir terus ke kawasan tebatan banjir milik JPS, sebelum dilepaskan ke laut Teluk Likas melalui water gate JPS. Hasil Siasatan: 4. Masih berlaku pelepasan air kumbahan berwarna hitam pekat ke parit konkrit dan terus ke Teluk Likas. Bau busuk dapat dihidu di sekitar kawasan SRK Lok Yuk. Volume yang dilepaskan juga agak besar. 5. Air disepanjang parit konkrit juga berwarna hitam pekat dan berbau busuk. 4. Pemerhatian di water gate JPS mendapati bau busuk tidak begitu ketara dan air tidak berwarna hitam, mungkin disebabkan percampuran dengan air laut. Maklumat terkini dari JPP: 5. Surat arahan mula kerja telah diisu kepada kontraktor untuk buat pembaikan sink hole mengunakan perolehan darurat AP 173.2 6. Projek akan ambil masa 3 bulan, disebabkan paip material perlu order dan ambil masa yang agak lama, terutama PKP. Oleh itu, untuk 3 bulan tu terpaksa discharge raw sewage dari PS Likas ke parit konkrit dan seterusnya ke Teluk Likas. 7. Sebagai langkah jangka pendek utk JPP kurang tahap pencemaran di Likas adalah dose microbs. 8. Kontraktor yang telah dilantik akan menjalankan site visit dalam minggu ini dan mengemukakan proposal kepada JPP. 9. Pihak JPP akan mengemukakan surat rasmi kepada DOE berhubung status perkara ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan