PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT EIATRC ATAS TALIAN BAGI PROJEK PEMBANGUNAN KUARI DI KINTA

DOE Perak 02/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT EIATRC ATAS TALIAN BAGI PROJEK PEMBANGUNAN KUARI DI KINTA
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
02/06/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

1 Jun 2021, IPOH – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Impak kepada Kesan Alam Sekeliling (EIA) yang dianjurkan oleh JAS Perak telah diadakan pada hari ini secara atas talian bagi projek pembangunan kuari dalam daerah Kinta, Perak. Tujuan mesyuarat teknikal ini dijalankan adalah untuk membincangkan langkah-langkah mitigasi yang perlu diambil bagi meminimumkan impak kepada alam sekeliling dan keperluan sesebuah projek pembangunan untuk mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JAS Perak,Tuan Haji Rosli Bin Zul dan pembentangan telah disampaikan oleh pihak pemaju projek dan dihadiri oleh panel pengulas dari jabatan teknikal seperti Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Perak, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan