Penerangan
1 Jun 2021, KAMUNTING – JAS Cawangan Taiping telah menjalankan rondaan di Kawasan Perindustrian Kamunting dan sekitarnya bagi memantau operasi premis industri semasa PKP pada hari ini.
Pemantauan yang dijalankan melibatkan sebarang pencemaran alam sekitar yang berpotensi dilakukan oleh industri yang tidak bertanggungjawab di kawasan tersebut. Pelepasan asap dari cerobong turut dipantau secara visual oleh pasukan meronda JAS Taiping.
Pemantauan dijalankan mengikut SOP MKN dan KKM.