PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TAIPING SIASAT ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI KAMUNTING

DOE Perak 02/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TAIPING SIASAT ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI KAMUNTING
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
02/06/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

1 Jun 2021, KAMUNTING - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taiping telah menjalankan siasatan pembakaran terbuka di kawasan perumahan pada hari ini. Siasatan ini dijalankan berikutan aduan dari orang awam. Antara kesan pembakaran terbuka yang ditemui semasa siasatan adalah sisa plastik dan sisa makanan yang terdapat di hadapan rumah tersebut. JAS Perak telah memberikan surat arahan meminta penduduk tersebut membersihkan kesan pembakaran dan amaran terakhir supaya kejadian pembakaran terbuka tidak berulang lagi. Jabatan Alam Sekitar ingin mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali. Orang ramai boleh membuat aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar termasuklah pembakaran terbuka di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected] Pemeriksaan ini dijalankan mengikut SOP MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan