PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PREMIS PADA TEMPOH PKPD DI DAERAH KUALA TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PREMIS PADA TEMPOH PKPD DI DAERAH KUALA TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/05/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

31 Mei 2021-Kuala Terengganu, Terengganu.  Pegawai Penguatkuasa JAS Terengganu telah menjalankan  rondaan bagi tujuan mencegah pembakaran terbuka dan memantau potensi pencemaran yang dilepaskan oleh industri-industri yang beroperasi di daerah Kuala Terengganu khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang berkuatkuasa sejak semalam. Fokus utama kawasan rondaan dan pemantauan pada hari ini adalah di Kawasan Perindustrian Chendering, Kg. Kuala Ibai,   Kg. Chabang Tiga, Kg. Losong, Kg. Bukit Besar, di sepanjang laluan jalan utama dan jalan kampung serta penempatan  di kawasan tersebut. Hasil  keseluruhan rondaan dan pemantauan ini mendapati  tiada keadaan yang mencurigakan dikesan dan tiada sebarang pelepasan asap dan pembakaran terbuka ditemui terutamanya di Kawasan Perindustrian Chendering. Pegawai penguatkuasan turut menjalankan siasatan aduan yang diterima di Kawasan Kg. Cabang Tiga mendapati aduan yang diterima adalah berasas dan tindakan susulan segera telah diambil dengan mengeluarkan Notis Arahan dan pemasangan banner larangan pembakaran terbuka di lokasi kejadian. Di samping itu juga risalah pembakaran terbuka juga turut  diedarkan  di kawasan kejiranan. Pegawai penguatkuasa JAS Terengganu akan terus menjalankan rondaan dan pemantauan di lapangan dan juga melalui sistem online Jabatan ke atas industri-industri yang beroperasi di negeri ini. Tanggungjawab dan amanah ini dilaksanakan demi memastikan alam sekitar sentiasa selamat dan sejahtera untuk semua hidupan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan