Penerangan
28 Mei 2021-Kemaman, Terengganu- Pegawai Penguatkuasa terus menjalankan tugas pada cuti umum sempena Perayaan Hari Wesak hari ini demi memastikan semua lapisan masyarakat dan orang awam serta penduduk di daerah Kemaman khususnya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dari ancaman penjenayah-penjenah alam sekitar yang berpotensi menimbulkan kacau ganggu dan boleh mencemarkan kualiti air, udara dan aktiviti haram yang berpunca daripada kepesatan aktiviti industri yang beroperasi di daerah ini.
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan industri di Bukit Kuang, Telok Kalong, Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kijal, Bakau Tinggi, Chukai, Mak Chili, Tapak Pelupusan Sampah Mak Chili, Bukit Mentok, Binjai, Pasir Minal, Mak Lagam, Jakar, Kawasan Perindustrian Jakar dan sepanjang laluan yang melibatkan kawasan-kawasan tersebut.
Hasil rondaan dan pemantauan yang melibatkan kawasan perindustrian dan kawasan tapak pelupusan sampah mendapati tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan dan tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui.
Pegawai penguatkuasa akan terus menjalankan rondaan dan pemantauan sebagai frontliner dalam tempoh PKP ini dan juga memantau prestasi pematuhan premis melalui sistem online Jabatan bagi mengesan punca pencemaran udara, air buangan industri dan aktiviti haram yang melibatkan pelupusan buangan terjadual dan melanggar undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti alam Sekeliling 1974.