PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMP) SECARA ATAS TALIAN DALAM TEMPOH PKPD DI DAERAH KUALA TERENGGANU-JAS TERENGGANU.

DOE Terengganu 31/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMP) SECARA ATAS TALIAN DALAM TEMPOH PKPD DI DAERAH KUALA TERENGGANU-JAS TERENGGANU.
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/05/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

31 Mei 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat EMP bagi Cadangan Projek Pembalakan di daerah Dungun.  Mesyuarat ini telah diadakan secara atas talian dalam tempoh Perintah Kawalan Diperketatkan yang berkuatkuasa sejak semalam di Daerah Kuala Terengganu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan. Hadir sama Ketua Unit EIA, Penolong Pengarah Kanan, Puan Hasra Masrifah binti Wan Jusoh @ Ab. Rahim dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Puan Yusnalis binti Yusoff, di Bahagian Pembangunan JAS Terengganu. Penyediaan dokumen EMP ini merupakan salah satu syarat Laporan EIA yang telah diluluskan JAS Terengganu. Ianya perlu dipatuhi oleh pihak pemaju selaras dengan kehendak Seksyen 34A (7) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. EMP ini juga merupakan jaminan pihak pemaju untuk melaksanakan langkah-langkah kawalan dan mitigasi bagi isu-isu pencemaran yang dikenalpasti dalam laporan EIA tersebut untuk dilaksanakan di peringkat kerja tanah, pembinaan dan operasi.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan