Penerangan
31 Mei 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad@ Mohd telah menghadiri mesyuarat Jawatan Kuasa Anti Rasuah Organisasi yang telah diadakan secara atas talian pada tempoh PKPD di daerah Kuala Terengganu.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ani Fazliana binti Dato’ Dahri @ Abdul Latif , Pengarah Kewangan Dan Pentadbiran, Jabatan Alam Sekitar Malaysia . Mesyuarat ini telah membincangkan status pelaksanaan inisiatif Pelan Anti Rasuah Organisasi (Organisational Anti Corruption Plan) JAS dan pelan tindakan Pengurusan Risiko Rasuah (Corruption Risk Management).