Penerangan
30 Mei 2021,Kuala Terengganu, Ketua Unit EIA, Penolong Pengarah Kanan Puan Hasra Masrifah binti Wan Jusoh @ Ab. Rahim dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Puan Yusnalis binti Yusoff, di Bahagian Pembangunan JAS Terengganu telah mengadakan lawatan tapak bagi Cadangan Projek Dredging di Muara Sungai Dungun.
Lawatan ini telah dijalankan bersama-sama dengan pemaju projek bagi tujuan untuk melihat keadaan tapak dan memastikan maklumat yang dinyatakan dalam laporan cadangan projek ini sama sepertimana keadaan ditapak semasa lawatan tersebut.