Penerangan
27 Mei 2021 (Khamis) , Pulau Pinang - Pegawai Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah menjalankan siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka yang diterima hari Ini. Siasatan telah dijalankan di beberapa kawasan yang diadu di Pangsapuri Seri Orkid, Taman Inderawasih dan beberapa lokasi berdekatan Kuari Lembah Permai. Di kawasan ini ditemui beberapa kesan pembakaran terbuka buangan sampah sarap, daun-daun kering dan pangkasan pokok. Poster larangan pembakaran terbuka telah dilekatkan di kawasan yang diadu dan nasihat diberikan kepada penduduk yang ditemui. Penduduk Pulau Pinang dinasihatkan untuk memberhentikan amalan pembakaran terbuka bagi menjaga kualiti udara persekitaran. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.