Penerangan
24 FEBRUARI 2021 (RABU), BATU UBAN - Pengarah JAS Pulau Pinang telah menghadiri proses pelupusan abu Al-Quran anjuran Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia. Bagi memelihara kesucian, Al-Quran yang rosak diterima dari Negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak telah melalui proses 'insineration' dan menghasilkan abu. Abu termampat tersebut telah dilupuskan di perairan laut Pulau Pinang. Lokasi sesuai dipilih dengan mengambilkira sensitiviti alam sekitar, kedalaman dan pergerakan arus. Kelulusan agensi-agensi berkaitan telah diperolehi terlebih dahulu sebelum aktiviti ini dijalankan.Semoga aktiviti ini mendapat keberkatan dan seterusnya memelihara kesucian Al-Quran. Perkongsian aktiviti ini juga diharap dapat memberi sedikit maklumat kepada orang awam tentang kaedah pelupusan Al-Quran yang memenuhi syarak dan memgambilkira keperluan alam sekitar.